Zionis Rampas 244 Dunum Tanah Palestin Di Al-Khalil

AL-KHALIL, 2 Dis 2015 (PIC) — Pihak berkuasa rejim Zionis merampas seluas 244 dunum tanah penduduk Palestin di perkampungan Sourif dan Jebaa di Al-Khalil.

Presiden majlis penduduk Sourif melaporkan bahawa pihak Zionis menyerahkan notis rampasan kepada para pemilik tanah terbabit, dengan rancangan untuk mengambil alih hak ke atas tanah mereka.

Tanah berkaitan, milik keluarga al-Hour, Ghneimat, Hmeidat dan beberapa orang lagi, terletak di dalam daerah yang berbeza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts