Zionis Rampas Bas Syarikat Kenderaan Palestin

NABLUS, 26 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis awal pagi tadi merampas lapan buah bas milik sebuah syarikat kenderaan Palestin di Nablus, selepas didapati mengangkut pemuda Palestin menyertai beberapa kempen tunjuk perasaan.

Pejabat syarikat bas al-Tamimi diserbu sebelum bas-bas berkenaan dipindahkan oleh tentera sekatan tentera di Huwwara.

Sejak bulan lalu demonstrasi, yang biasanya dianjurkan oleh pelajar universiti tempatan, diadakan berdekatan kawasan beberapa sekatan tentera yang mengepung dan mengawal pergerakan keluar masuk penduduk Palestin di Nablus.

Dua orang pemuda berumur 16 tahun dibunuh di sekatan Huwwara minggu ini, sehingga mencetuskan pertempuran di daerah kawasan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts