Zionis Rampas Kemah ICRC, Pam Air Di Lembah Jordan

BETHLEHEM, 30 Nov 2015 (IMEMC) — Rejim Zionis merampas 10 kemah yang disumbangkan kepada penduduk Palestin di Lembah Jordan oleh International Committee Red Cross (ICRC.) Satu-satunya pam yang menyalurkan air ke kawasan Khirebt al-Deer di sempadan Jordan turut dirampas.

ICRC menyumbang kemah tersebut disumbangkan kepada penduduk yang dirobohkan rumah mereka minggu lalu, yang mana mereka sekarang tidak lagi mempunyai tempat berteduh.

Empat daripada kemah berkenaan adalah untuk kegunaan 19 orang penduduk, termasuk enam kanak-kanak, manakal enam lagi disimpan untuk kegunaan di masa hadapan sekiranya berlaku lagi perobohan.

Rabu lalu, tentera Zionis memusnahkan jalan masuk ke perkampungan di Lembah Jordan, serta rumah-rumah, gudang simpanan dan juga kandang ternakan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts