Zionis Rampas Tanah Palestin di Salfit

salfit2SALFIT, 29 Jun 2014 — Rejim Zionis bertindak merampas dan meratakan 2,500 ekar tanah milik rakyat Palestin di daerah Salfit di tengah Tebing Barat.

Pihak berkuasa Zionis dilaporkan telah meluluskan rampasan tanah milik rakyat Palestin seluas 750 ekar (3,00 dunum), tetapi pekerja mereka telah meratakan keseluruhan kawasan seluas 2,500 ekar. Mereka turut merosakkan tanaman zaitun dan buah-buahan milik penduduk Palestin di kejiranan Thahir Subih dan Kafr al-Dik.

Dalam kenyataannya, jurucakap pihak pentadbiran awam Zionis menyatakan kerja-kerja yang sedang dilakukan di tempat berkenaan adalah untuk pembangunan pertanian dengan mendapat kelulusan pihak berkuasa. “Tidak ada pemusnahan pokok dilakukan. Tanah tersebut adalah tanah milik negara, bukan milik peribadi rakyat Palestin,” kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh Maan.

Pihak berkuasa Zionis sering mengisytharkan tanah milik peribadi atau tanah warisan rakyat Palestin di kawasan Tebing Barat sebagai tanah milik negara haram Yahudi itu bagi tujuan perluasan kawasannya dan pembangunan penempatan baharu Yahudi.

——

Sumber : Maan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts