Zionis rancang bina 2,500 unit rumah baharu di al-Quds Timur

AL-QUDS, 9 Ogos 2016 (IMEMC) — Majlis perbandaran Zionis di al-Quds merancang untuk membina 2,500 unit rumah baharu di kawasan penempatan haram Gilo di selatan al-Quds Timur.

Projek tersebut akan dibina di atas 20 hektar tanah milik peribadi penduduk Palestin.

Penempatan haram Gilo dibina di atas tanah tinggi milik penduduk Palestin dari Beit Jala, al-Walaja dan Batteer di Beit Lahm.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts