Zionis rancang bina 54,548 unit rumah baharu untuk penempatan haram

AL-QUDS, 30 Dis 2015 (AIC) — Pertubuhan Peace Now mendedahkan bahawa Kementerian Perumahan penjajah Zionis merancang untuk membina sebanyak 53,548 unit rumah baharu di kawasan penempatan Yahudi, melibatkan projek pembinaan haram bernilai lebih 330 juta shekel (RM361.4juta).

3,789 daripadanya melibat projek pembinaan segera, di mana 64% daripadanya terletak di kawasan Tebing Barat. Manakala 8,372 unit akan dibina di wilayah Al-Quds yang digelar Kawasan E1.

Rancangan pembinaan penempatan haram di Kawasan E1 dihentikan atas tekanan masyarakat antarabangsa, di mana rejim Zionis akan menghalau lebih 2,000 penduduk asal Badwi Arab, sekaligus memisahkan Tebing Barat menjadi dua wilayah yang terpisah.

Zionis turut merancang pembinaan kawasan kejiranan Yahudi baharu Atarot di kawasan antara Beit Hanina dan Ramallah, melibatkan 10,000 buah rumah. Di Kota Lama al-Quds pula, 21 unit baharu akan dibina di kawasan penduduk Islam.

Tidakan ini merupakan satu usaha jahat rejim Zionis untuk memisahkan Al-Quds Timur dari kawasan Ramallah dan Bayt Lahm.

Selain itu, mereka juga akan membina dua buah lagi penempatan haram baharu di Tebng Barat, iaitu Givat Eitam di al-Nahla di selatan Bayt Lahm, dan Bitronoh/Brosh di utara Lembah Jordan.

Kementerian akan turut mengiktiraf sekurang-kurangnya enam penempatan kecil (outpost) Yahudi, yang sehingga kini masih tidak diiktiraf oleh pemerintahan rejim Zionis sendiri.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts