AL-QUDS, 22 Sep 2016 (PIP) — Rejim Zionis membuat rancangan jangka panjang untuk membina sebanyak 56,000 buah rumah baharu untuk pendatang Yahudi sebelum akhir tahun 2030.
Menurut kenyataan Ketua Jabatan Pemetaan di Persatuan Kajian Arab, Khalil Tafkaji, rejim penjajah pimpinan Benjamin Netanyahu memperhebat langkah Yahudisasi ke atas al-Quds dan merampas seluas mungkin tanah kota suci umat Islam itu, dengan menggabungkannya dengan sejumlah kawasan penempatan haram sedia ada yang besar.
Pada 18 Mei 2012, rejim Zionis telah mengumumkan rancangan utama untuk merampas tanah Palestin seluas 270 dunum di Beit Jala bagi meluaskan kawasan penempatan haram Gilo di al-Quds Timur. Rancangan untuk membina 924 unit rumah baharu itu kemudiannya diluluskan pada 16 Ogos 2013.