Zionis rancang bina penempatan haram baharu di al-Quds

AL-QUDS, 28 Sep 2016 (Alray) — Jawatankuasa perancangan dan pembinaan bagi pihak perbandaran Zionis di al-Quds membuat pengumuman rasmi tentang rancangan mereka untuk membina sebuah penempatan haram Yahudi baharu di kawasan berbukit di barat daya kota suci itu, bersebelahan perkampungan Walaja dan tidak jauh dari bandar Beit Jala.

Kawasan seluas 17 hektar itu bakal didirikan dengan 493 unit rumah serta sebuah sigagog Yahudi dan bangunan kemudahan awam.

Ia akan dibina di kawasan arkeologi di mana terletaknya perigi, tali air dan bangunan pertanian purba tinggalan tamadun Islam dan Arab.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts