RAMALLAH, 8 Nov 2016 (IMEMC) — Setelah membuat kajian dan tertangguh selama hampir 20 tahun, jawatankuasa perancangan dan pembangunan bandar Zionis bulan lalu telah meluluskan projek untuk membangun sebuah pusat dagangan khusus untuk pendatang Yahudi berdekatan sekatan Maccabim di barat laut kota Ramallah.
Pusat tersebut akan dibangunkan di atas tanah seluas 310 hektar di Kawasan C, iaitu kawasan tanah Palestin di Tebing Barat yang berada di bawah pentadbiran dan kawalan rejim Zionis sepenuhnya. Tanah tersebut dirampas dari pemilik asalnya dengan menggunakan undang-undang pemilikan “tanah yang ditinggalkan.”
Dalam perkembangan berkaitan, rejim Zionis akan membina dua buah pusat membeli belah tambahan di wilayah al-Khalil.