Zionis rancang iktiraf 70 pos penempatan haram di Tebing Barat

BAITULMAQDIS, 17 Jan 2018 — Kementerian Perang Zionis merancang untuk mengikriraf 70 pos penempatan haram Yahudi yang dibina di atas tanah Palestin di Tebing Barat sebagai penempatan yang sah.

Menurut Timbalan Menterinya, Eli Ben-Dahan, satu pasukan pegawai kementerian telah dibentuk enam bulan lalu bagi mengenal pasti dan menyenarai pos-pos penempatan yang boleh diiktiraf, mengikut tahap kesukaran berhadapan proses perundangan. Kata beliau, sekitar 70 pos penempatan telah dikenal pasti boleh diiktiraf dengan mudah.

Pos penempatan haram adalah penempatan Yahudi di Tebing Barat dibina tanpa mendapat kebenaran rasmi rejim penjajah Zionis, walaupun ia sering didanai oleh agensi-agensi Zionis sendiri.

Semua bentuk penempatan haram di Tebing Barat dikira melanggar undang-undang antarabangsa.

(IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts