Zionis Rancang Pasang Kamera Pengawasan Di Sepanjang Jalanraya Tebing Barat

cctvAL-QUDS, 11 Nov 2015 (MEMO) — Kementerian Pertahanan Zionis merancang untuk memasang kamera pengawasan yang canggih di sepanjanga jalanraya di Tebing Barat bagi memantau pergerakan penduduk dan kenderaan.

Media Yedioth Ahronoth melaporkan semalam bahawa projek tersebut akan dilaksanakan dalam dua peringkat. Di peringkat pertama, puluhan kamera akan dipasang di kawasan persimpangan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang. Manakala di peringkat kedua, lebih 100 kamera akan dipasang di beberapa lokasi tambahan.

Menurut akhbar Zionis itu lagi, sistem kawalan yang canggih itu akan membekalkan maklumat berkaitan kemalangan dan akan membantu pihak berkuasa untuk mengesan orang, kenderaan atau sebarang pergerakan yang mencurigakan, sekaligus membolehkan pasukan tentera bertindak dengan cepat dan menghalang sebarang operasi pihak musuh. Rakaman kamera akan dihantar terus ke unit perisikan tentera Zionis, yang akan mengumpul maklumat sebelum, semasa dan selepas kejadian.

Projek tersebut dijangka menelan belanja sebanyak US$63juta.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts