RAMALLAH, 5 Apr 2016 (PIC) — Kumpulan hak asasi Yesh Din mendedahkan bahawa rejim Zionis telah memulakan satu pelan induk baharu bagi penempatan pendatang Yahudi di kawasan Ma’aleh Michmash di timur kota Ramallah.
Menurut laporan Yesh Din yang diterbitkan semalam, pelan tersebut bertujuan untuk mengubah beberapa kawasan penempatan termasuk Ma’aleh Michmash, Rimonim, Kochav Hashahar dan Psagot di timur Ramallah menjadi sebuah pinggir bandar kediaman khusus untuk pendatang Yahudi.
Dalam pelan yang menjangkau tahun 2040 itu, sekitar 77,000 pendatang Yahudi akan dibawa tinggal di kawasan tersebut dan dua buah penempatan haram sementara pendatang Yahudi, termasuk Mitzpeh Danny, akan turut diiktiraf dan diselaraskan.