Zionis rancang pisahkan Shufat dan Kfar Akb dari wilayah al-Quds

AL-QUDS, 25 Mei 2017 (PIC) — Rejim Zionis merancang untuk memisahkan kem pelarian Shufat dan perkampungan Kafr Akb dari kawasan pentadbiran perbandaran al-Quds dan meletakkan dua kawasan tersebut di bawah satu pentadbiran majlis tempatan lain.

Rancangan tersebut telah mendapat sokongan pemimpin Zionis, Benjamin Netanyahu, tetapi dibantah oleh pihak perbandaran Zionis di al-Quds.

Sekiranya berjaya dilaksanakan, langkah itu akan menjadikan dua kawasan yang masing-masing mempunyai penduduk lebih 14,000 orang itu di bawah kawalan penuh rejim Zionis. Dengan itu kaum Yahudi akan menjadi penduduk majoriti di al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts