Zionis Rancang Rampas 500 Ekar Tanah Di Al-Khalil

Pekan al-Shuyukh
Pekan al-Shuyukh

AL-KHALIL, 11 Feb 2015 (AIC) — Rejim Zionis merancang untuk merampas 2,000 dunam (500 ekar) tanah milik persendirian penduduk Palestin di al-Khalil di selatan Tebing Barat. Ini merupakan salah satu kempen rompakan tanah yang terbesar oleh rejim Zionis sejak kebelakangan ini.

Pentabdiran Mahkamah Awam Zionis mengeluarkan notis di atas kawasan tanah yang dirancang untuk dirampas, yang dimiliki secara persendirian keluarga Halaika, Hasasna dan Warasna dari pekan Ash-Shuyukh.

Datuk Bandar Ash-Shuyukh, Sharef Halika, dalam kenyataan beliau menyebut, “tanah yang ingin mereka rampas ini telah beberapa kali menjadi sasaran pendatang Yahudi, yang menyerang petani di kawasan tersebut. Jelas sekali rejim Zionis ingin merompak tanah ini untuk kegunaan tentera ataupun penempatan haram – pendatang yang tinggal di Asfar tidak henti-henti menceroboh masuk kawasan tanah kami.”

Sharef menambah bahawa penduduk tempatan dan pegawai Palestin akan bekerjasama dari aspek pembelaan dan undang-undang untuk menentang rancangan Zionis itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts