NABLUS, 31 Ogos 2016 (PIC) — Rejim Zionis merancang untuk merampas ratusan hektar tanah penduduk Palestin di selatan Nablus bagi meluaskan wilayah penempatan haram Yahudi.
Rancangan penempatan Yahudi menjangkau dari penempatan sedia ada di Ariel sehinggalah ke Lembah Jordan.
Pada masa yang sama, pihak rejim berusaha untuk memberi pengisytiharan kepada beberapa pos penempatan haram di Shilo, Shvut Rachel, Eli dan Rahalim.