Zionis rancang rampas tanah seluas 8,200 hektar di Bukit Golan

BUKIT GOLAN, 28 Sep 2016 (AIC) — Pertubuhan Al-Marshad, satu-satunya pertubuhan hak asasi di wilayah Bukit Golan-Syria yang terjajah, semalam mendedahkan bahawa rejim Zionis akan membina Taman Negara Hermon dengan merampas tanah penduduk Syria di Majdal Shams dan Ein Qynia yang mereka diami sejak zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah.

Perkampungan Majd al-Shams yang mempunyai 11,000 penduduk dan terletak di lereng Gunung Hermon akan terkepung dan terhapus apabila terbinanya taman tersebut.

Sehubungan dengan perancangan tersebut, rejim Zionis kini membekukan permit pembinaan rumah kepada 800 keluarga di Majd al-Shams yang sangat memerlukan tempat penginapan.

Pada tahun 1967, rejim Zionis menghalau keluar 130,000 penduduk dan memusnahkan 300 perkampungan dan bandar Syria di Golan bagi membina penempatan haram Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts