Zionis Rancang Roboh Rumah Penduduk Palestin Yang Menyerang Yahudi

BETHLEHEM, 30 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis hari ini menyerbu beberapa buah rumah keluarga Palestin yang dituduh melakukan serangan ke atas penduduk atau tentera Yahudi, sebagai persediaan merobohkan rumah-rumah terbabit.

Di kem pelarian al-Fawwar tentera menyerbu, memeriksa dan mengambil ukuran rumah keluarga Muhammad Ismail Shubaki, remaja 19 tahun yang ditembak mati oleh tentera Zionis selepas menikam seorang askar berdekatan kem tersebut minggu lalu.

Manakala di perkampungan Taffuh di barat Al-Khalil, mereka menyerbu rumah-rumah keluarga Imadiddin al-Tarda dan Taha al-Tarda, yang dituduh oleh rejim Zionis menikam di Rishon Letzion dan Al-Quds. Kedua-dua buah rumah diperiksa sebagai persediaan untuk dirobohkan.

Di Nablus pula, tentera menceroboh rumah keluarga Ashraqat Qatanani, 16 tahun, di kem pelarian al-Askar. Ashraqat merupakan seorang remaja perempuan yang dilanggar oleh seorang pemimpin pendatang Yahudi dan kemudian ditembak mati di sekatan Huwwara pada 22 November lalu.

Tentera juga menyerbu rumah keluarga Alaa al-Hashash dan Baseem Salah. Baseem ditembak mati Ahad lalu apaila dituduh menikam dan mencederakan seorang askar di Pintu Damaskus, Al-Quds. Manakala Alaa, 16 tahun, ditembak mati oleh tentera Zionis selepas dituduh cuba menikam seorang askar di sekatan Huwwara pada 23 November lalu.

Keluarga yang menerima arahan untuk dirobohkan rumah diberi peluang untuk membuat rayuan, Mahkamah Tinggi Zionis lazimnya menolah sebarang rayuan seumpama itu. Manakala pertubuhan hak asasi B’Tselem menyifatkan tindakan Zionis ini sebagai tindakan balas dendam yang direstui oleh mahkamah, yang dikenakan ke atas ahli keluarga yang tidak terlibat dengan jenayah yang dituduh.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts