Zionis rancang serapkan semua penempatan haram di Tebing Barat

AL-QUDS, 2 Mei 2016 (MEMO) — Pemimpin pendatang haram Yahudi Shelah Edler mendedahkan bahawa terdapat satu usul dalam parlimen Zionis (Knesset) yang mencadangkan supaya semua wilayah penempatan haram Yahudi di Tebing Barat diserapkan menjadi wilayah negara haram mereka.

Menurut Edler yang juga merupakan ahli Parti Likud pimpinanh Benjamin Netanyahu, menteri dan ahli parlimen Zionis telah berjanji untuk memberi keutamaan kepada usaha meluluskan usul penyerapan wilayah Tebing Barat tersebut.

Sebahagian pemimpin Zionis mencadangkan supaya proses tersebut dibuat secara berperingkat, bermula dengan Kawasan C yang merangkumi 60% Tebing Barat. Menteri Pendidikan Zionis, Naftali Bennet, menyebut, “Kawasan C didiami 400,000 orang Yahudi dan 70,000 orang Arab. Kami akan beri pilihan kepada penduduk Arab samada memilih untuk menjadi warganegara ‘Israel’ atau kekal [di bawah kawalan Zionis].”

Majlis penempatan haram Yahudi telah membentuk sekumpulan pelobi di Knesset bagi mendapatkan kelulusan terhadap usul tersebut secepat mungkin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts