RAMALLAH, 12 Julai 2016 (WAFA) — Tentera Zionis mengiringi sekumpulan budozer menceroboh masuk dan kemudian meratakan tanah milik penduduk Palestin di perkampungan N’illin di barat Ramallah semalam.
Tindakan tersebut adalah bertujuan untuk meluaskan kawasan penempatan haram Nili.
Sejak 1967, rejim Zionis menggunakan berbagai langkah sistematik untuk merampas tanah penduduk Palestin, termasuklah atas alasan “keselamatan” dan juga menghalang usaha pembangunan di atas tanah penduduk Palestin bagi membiarkan kawasan tersebut terbuka untuk diduduki oleh tentera atau pandatang haram Yahudi.