Zionis Roboh Dua Buah Rumah Di Gurun Naqab

BEERSHEBA, 3 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis merobohkan dua buah rumah penduduk Palestin di perkampungan Um Btein dan Um Ritam, kedua-duanya di selatan bandar Arara di daerah Gurun Naqab.

Rumah-rumah terbabit dirobohkan dalam suasana langkah keselamatan yang tegang dan cuaca hujan menunjukkan sikap perkauman yang sangat melampau oleh rejim Zionis yang cuba menekan dan menghina penduduk Arab.

Menurut ahli parlimen Talab Abu Arar, tindakan Zionis ini adalah bertujuan untuk merosakkan keadaan. “Tindakan ini hanya membuat keadaan lebih rumit, dan dengan tidak mengiktiraf kawasan perkampungan dan merampas tanah, mereka hanya berusaha untuk membantu dan menjayakan Yahudi,” kata beliau.

Isnin lalu, tentera Zionis merobohkan dua buah rumah penduduk Palestin di Al-Quds, satu di Beit Hanina dan satu lagi di Jabal al-Mukkabir.

Menurut pertubuhan hak asasi B’Tselem, sebanyak 29 buah rumah Palestin telah dirobohkan sepanjang bulan September lalu, meninggalkan penghuninya tanpa tempat berteduh. Hampir 579 buah rumah telah dirobohkan dalam tempoh 12 tahun lalu, di mana 2,133 penduduk Palestin hilang tempat berteduh.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts