AL-QUDS, 2 Ogos 2016 (PIC) — Pihak perbandaran Zionis memusnahkan sebuah kedai pemeran jualan kereta milik peniaga Mohamed Aliyan di bandar Sur Baher di tenggara al-Quds atas alasan ia dibina di atas tanah milik Pihak Berkuasa Tanah Israel (ILA.)
Tentera Zionis turut merampas alat penghawa dingin komersial yang bernilai puluhan ribu dolar serta sebuah kereta yang dipamerkan.
Mohamed menyewa tanah tersebut dan memulakan perniagaannya sejak dua tahun lalu.
Pertubuhan hak asasi mengecam tidakan tersebut dan mendakwa ianya sebagai salah satu polisi perkauman Zionis ke atas penduduk Palestin.