Zionis Roboh Perkampungan Araqib Kali Ke-87

araqibGURUN NAQAB, 5 Ogos 2015 (PIC) — Tentera Zionis hari ini sekali lagi memusnahkan perkampungan al-Araqib di Gurun Naqab di selatan wilayah Palestin 1948 yang terjajah. Ini merupakan kali ke-87 rejim Zionis berbuat demikian sejak tahun 2010.

Kenderaan berat tentera Zionis yang diiringi oleh pasukan polis menceroboh masuk perkampungan Badwi tersebut pada waktu tengahari dan menghalau penduduk keluar, mengumpul mereka berdekatan tanah perkuburan sebelum memulakan kerja meroboh rumah mereka yang dibina menggunakan kemah dan kepingan zink.

Imam di kampung tersebut, Aziz al-Touri, menegaskan bahawa penduduk al-Araqib tidak akan menyerah kepada keganasan Zionis dan akan tetap tinggal di atas tanah mereka dan membina semula rumah mereka.

Pemusnahan perkampungan al-Araqib dan banyak lagi kawasan lain di Gurun Naqab merupakan sebahagian daripada rancangan rejim Zionis untuk menghalau lebih 120,000 penduduk Palestin dari rumah mereka, bagi membina penempatan baharu Yahudi di atas runtuhan apa yang mereka gelar sebagai perkampungan yang tidak diiktiraf.

Masyarakat Badwi ini merupakan penduduk termiskin yang tidak mendapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik, pendidikan mahupun kesihatan.

Sejak awal 2015, sebanyak 100 buah rumah telah dorobohkan oleh tentera Zionis, sementara ratusan buah lagi telah dikeluarkan notis untuk dirobohkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts