Zionis Roboh Rumah Palestin di Arrabat

GALILEE, 1 Dis 2015 (Al-Ray) — Pihak berkuasa rejim Zionis merobohkan sebuah rumah penduduk Palestin di bandar Arrabat al-Battuf di Upper Galilee, iaitu di wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Pasukan polis Zionis dan tentera khas yang membawa jentolak memasuki bandar tersebut dan merobohkan sama sekali sebuah rumah dua tingkat milik keluarga Said Khatib, atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Pertempuran di antara penduduk Palestin dan tentera Zionis tercetus sebelum dan selepas perobohan, di mana tiga pemuda telah ditangkap termasuk dua orang ahli keluarga Said Khatib.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts