Zionis Roboh Rumah Penduduk Al-Quds Timur

AL-QUDS, 2 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis hari ini merobohkan sebuah rumah penduduk Palestin di kejiranan Jabal al-Mukkabir di Al-Quds Timur atas alasan tidak mempunyai permit pembinaan.

Pemilik rumah, Sami Idreis, memberitahu bahawa pihak tentera menceroboh masuk kawasan Khallat al-Abed di Jabal al-Mukabbir dan mengepung rumah berkenaan sebelum mengacukan senjata dan memaksa penghuninya keluar.

Rumah seluas 80 meter persegi itu dibina tiga bulan lalu, dan beliau bersama tujuh ahli keluarganya berpindah masuk 15 hari lalu.

Seorang peguam telah berusaha untuk mendapatkan lesen pembinaan dan menangguhkan proses perobohan, yang dibuat tanpa notis awal.

Menurut kumpulan hak asasi B’Tselem, sebanyak 29 buah rumah penduduk Palestin di Al-Quds Timur telah dirobohkan sejak bulan September lalu. Hampir 579 buah rumah telah dirobohkan sejak 12 tahun lalu, meninggalkan 2,133 orang tanpa tempat tinggal.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts