Zionis roboh rumah penduduk Palestin di al-Quds

AL-QUDS, 2 Nov 2016 (Maan) — Pihak perbandaran rejim Zionis meroboh sebuah bangunan kediaman dua tingkat milik penduduk Palestin di kejiranan Beit Hanina di al-Quds Timur, tanpa menghiraukan keputusan mahkamah supaya menangguhkan perobohan.

Selasa lalu sebuah mahkamah Zionis memutuskan supaya arahan perobohan ditangguh selama dua bulan, kononnya untuk memberi peluang keluarga Thalji Suleiman mendapatkan permit pembinaan.

Rejim Zionis lazimnya tidak memberi keberanan pembinaan bangunan kepada penduduk Palestin di Tebing Barat, termasuk al-Quds Timur. Prosedur untuk membuat permohonan adalah sangat rumit, boleh memakan masa sehinga bertahun-tahun dan menelan belanja sehingga 300,000 shekel (RM328,000).

Oleh kerana empat daripada lima orang penduduk Palestin di al-Quds Timur hidup di bawah paras kemiskinan, adalah mustahil bagi mereka untuk memohon permit.

Hanya 7% daripada permit pembinaan bangunan di al-Quds diluluskan untuk kawasan kejiranan penduduk Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts