Zionis roboh semula rumah keluarga Palestin di Silwan

AL-QUDS, 22 Ogos 2017 — Pihak perbandaran Zionis pagi tadi meroboh rumah keluarga Abdul-Karim Abu Asnainah di kejiranan al-Bustan dalam daerah Silwan, selatan Masjid al-Aqsa, buat kali kedua dalam tempoh seminggu.

Abdul-Karim bersama aktivis al-Aqsa dan penduduk setempat membina semula sebahagian daripada rumahnya yang telah dirobohkan Selasa minggu lalu.

Sebanyak 88 buah rumah di al-Bustan akan diroboh oleh rejim Zionis untuk membina sebuah taman khusus bagi pendatang Yahudi yang dinamakan King David’s Garden. Ia merupakan sebahagian daripada rancangan Yahudisasi ke atas Kota Lama al-Quds dan sekitarnya, serta membawa lebih ramai pendatang Yahudi tinggal di kota suci umat Islam itu.

(PIC, Maan)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts