Zionis Roboh Tiga Apartmen Di Al-Quds

AL-QUDS, 2 Nov 2015 (IMEMC) — Tentera Zionis merobohkan tiga apartmen milik penduduk Palestin di kejiranan Nosseiba di bandar Beit Hanina semalam. Sebuah lagi rumah telah dirobohkan sehari sebelumnya.

Tentera yang lengkap dengan jentolak menceroboh masuk kawasan kejiranan tersebut seawal jam 8:30 pagi dan mula merobohkan apartmen milik Mousa Dsouqi, adiknya Mahmoud, dan peguam Khaldoun Najm.

Menurut Mahdi Dsouqi, tentera Zionis tetap merobohkan rumah mereka walaupun keluarganya telah mendapat arahan daripada mahkamah Zionis supaya tidak merobohkannya.

Setiap apartmen terbabit mempunyai keluasan 120 meter persegi. Tentera turut menyerang ahli keluarga dan penduduk sekitar serta petugas media yang berkumpul di tempat kejadian.

Terdahulu pada hari Isnin, tentra telah merobohkan rumah milik Sami Edress di kawasan Khallet al-Abed di Jabal al-Mokabber, Al-Quds.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts