Zionis rombak peta Tebing Barat untuk memberi justifikasi usaha perluasan penempatan haram

AL-QUDS, 31 Mei 2016 (PIC) — Jabatan pentadbiran awam Zionis merombak semula peta wilayah Tebing Barat, melibatkan penyerapan 15,000 ekar tanah Palestin yang mereka jajah, sebagai usaha untuk memberi justifikasi terhadap projek perluasan penempatan haram Yahudi di dalam kawasan tersebut.

Usaha pemetaan semula ini melibatkan kawasan kawasan penempatan haram yang terletak jauh daripada blok-blok utama penempatan Yahudi, serta tanah yang dirampas dan diserahkan oleh rejim secara berperingkat-peringkat kepada pendatang Yahudi.

Sejak 1967, lebih 230 penempatan haram Yahudi dibina di Tebing Barat dan juga al-Quds yang terjajah.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts