Zionis Sasar Orang Awam Dengan Senjata Haram

GAZA, 17 Nov 2012 – Kesatuan Jawatankuasa Penjagaan Kesihatan (UHCC) mendakwa rejim Zionis telah sengaja mensasarkan kanak-kanak dan wanita di Gaza dengan menggunakan senjata yang dilarang oleh badan-badan antarabangsa.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, UHCC menyebut bahawa sebilangan besar kanak-kanak yang terkorban dan cedera dalam keganasan berterusan tentera Zionis di Gaza menunjukkan dengan jelas Israel mensasarkan masyarakat awam terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa. Sasaran Zionis terhadap kanak-kanak dan wanita adalah secara terang-terangan melanggar semua norma dan konvensyen antarabangsa, sambung kenyataan itu lagi.

Petugas medik melaporkan kecederaan dan penemuan bahan yang luarbiasa pada badan mangsa.
Petugas medik melaporkan kecederaan dan penemuan bahan yang luarbiasa pada badan mangsa.

UHCC turut mendesak pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan kemanusiaan serta World Health Organization (WHO) dan UNICEF untuk melindungi kanak-kanak Palestin daripada menjadi sasaran berterusan oleh tentera pengganas Zionis. Kesatuan itu juga menyuarakan kebimbangan yang mendalam terhadap penggunaan senjata yang diharamkan.

Sementara itu, gerakan penentangan Hamas yang terus berjuang menangkis kejahatan Zionis ini mendakwa tindakan menyerang rumah keluarga Salah di utara Gaza membuktikan tentera Zionis dengan sengaja dan sistematik mensasarkan masyarakat awam. Seramai 30 orang awam tercedera dalam kejadian tersebut.

Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri, berkata dalam satu kenyataan bertulis pada hari ini bahawa serangan ke atas rumah keluarga Salah dan rumah-rumah lain merupakan bukti Zionis mensasarkan rakyat Palestin secara sistematik. “Zionis akan membayar harga yang tinggi bagi jenayah mereka yang melangkaui semua norma dan undang-undang,” kata beliau.

———

Sumber berita Palestinian Information Centre.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts