Zionis Sedang Melakukan Pembunuhan Beramai-ramai Secara Perlahan di Gaza

Dakwaan rejim Zionis Yahudi bahawa mereka telah melonggarkan sekatan ke atas Gaza hanyalah satu penipuan semata-mata. Gaza terus dan kekal terpinggir. Demikian menurut laporan penilaian keadaan sebenar pada bulan Januari 2012 yang keluarkan oleh Palestinian Center for Human Rights (PCHR.)

Eksport produk-produk dari Gaza masih lagi disekat, sungguhpun hasil pertanian dibenarkan keluar dalam jumlah yang sangat terhad. Pada masa yang sama, import keperluan asas dan bahan mentah adalah jauh di bawah paras keperluan minima.

Daripada 60 juta bunga yang dihasilkan setiap tahun, hanya sebahagian kecil sahaja yang mendapat kebenaran eksport. Pada tahun 2005, 70 muatan lori hasil pertanian telah dieksport setiap hari. Hari ini, ia hanyalah sekadar bayangan kepada jumlah tersebut. Sebelum bulan Jun 2007, pada purata 570 lori muatan memasuki Gaza setiap hari. Kini ia hanya sekitar 150 sahaja.

Pintu masuk Karm Abu Salem (Kerem Shalom) ditutup hampir 30% daripada masa ia sepatutnya dibuka. Kemasukan lori-lori barang dagangan hanyalah sekadar 28.5% daripada tahap sebelum sekatan mula dikenakan. Pintu masuk yang dikhususkan untuk mengendali lalu-lintas komersil ini tidak sekali-kali dapat menampung keperluan Gaza. Sebelum ini, barang-barang dibawa melalui empat pintu masuk. Namun pada bulan Mac 2011 Israel mula menutup pintu masuk barangan komersil yang utama di al-Mentar (Karni.) Suatu ketika, ia mengendalikan 75% daripada keperluan Gaza.

Penutupan pintu masuk al-Mentar dan pergantungan kepada pintu masuk Karm Abu Salem telah menghadkan pergerakan keluar-masuk barangan dengan teruk sekali. Tambahan pula, perbelanjaan pengangkutan yang semakin tinggi menyebabkan peningkatan harga barangan import, dan memaksa petani menaikkan harga barangan eksport.

Pintu masuk Al-Mentar telah dibuka pada tahun 1995. Menurut persefahaman “2005 Crossings Agreement,” kapasiti operasi di Al-Mantar harus membenarkan 400 trak eksport dan 600 trak masuk setiap hari. Namun birokrasi Zionis Yahudi menghalang daripada mencapai tahap ini, walaupun sebelum bermulanya sekatan ke atas Gaza lagi.

Pitu masuk untuk barang dagangan adalah penting bagi Gaza, namun ia telah dimusnahkan dalam serangan tahun 2008. Di samping itu menurut setiausaha Persatuan Pengangkutan Swasta, Jihad Salim, penghantaran kontena melalui pelabuhan Ashdod ke Gaza lebih mahal jika dibandingkan dengan kos daripada dari China untuk Ashdod. Ia adalah kerana yuran import yang sangat membebankan.

Selain pertanian, ekonomi eksport Gaza banyak bergantung kepada tekstil dan perabot. Pengeluar barangan ini sangat tertekan untuk meneruskan operasi mereka. Banyak yang tidak mampu bertahan dan ditutup.

Pada bulan Januari lalu, sejumlah 2,800 tan gas memasak dibawa masuk ke Gaza. Jumlah ini tidakpun mencecah separuh daripada keperluan. Zionis membenarkan kemasukan sebanyak 330,000 liter diesel dan 70,000 liter benzen, namum ini jauh lebih rendah daripada apa yang Gaza perlukan. Hasilnya, kaedah penyeludupan melalui terowong menjadi sangat penting.

Pengharaman secara mutlak terhadap bahan binaan untuk kegunaan sektor swasta masih berterusan. Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dibenarkan membawa masuk dalam kuantiti yang terhad, iaitu 70,000 tan bahan pembinaan, 7,400 tan simen, dan 1435 tan besi. Tar dan bahan binaan yang lain termasuk alat paip, seramik dan marmar juga dibenarkan pada amaun yang terhad.

Sekatan kepada lalu lintas kenderaan telah mengurangkan kemasukan kepada 50% aliran biasa. Sebarang perjanjian untuk membenarkan lebih banyak kemasukan kenderaan tetap tidak dilaksanakan.

Semakin kurang bilangan pesakit yang diberikan kebenaran perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital Zionis, Tebing Barat mahupun Jerusalem. Jumlah yang dibenarkan sekarang adalah kurang daripada kebenaran yang diberikan pada awal tahun 2006, iaitu sebelum bermulanya sekatan.

Kategori tertentu tidak dibenarkan permit sama sekali, termasuklah pesakit buta, mereka yang mempunyai anggota badan dipotong, dan lain-lain yang dikira oleh Zionis sebagai tidak layak untuk rawatan segera.

Di bawah prosedur birokrasi yang sangat rumit, 46 wartawan antarabangsa, 93 diplomat, dan 548 pekerja organisasi kemanusiaan antarabangsa dibenarkan masuk setelah terpaksa menunggu penangguhaan selama beberapa hari.

Ahli-ahli perniagaan terpaksa mengharungi lima sekatan pintu masuk di sempadan. Semasa dibuka untuk lalu sebanyak 26 kali, seramai 2,300 peniaga dibenarkan masuk ke Gaza. Ia mewakili separuh daripada paras kemasukan pada bulan Jun 2007.

Selama lebih 56 bulan, ahli-ahli kepada 500 keluarga di Gaza telah ditahan di penjara Zionis dan dihalang daripada melawat keluarga mereka. Tiada sebab rasional telah diberikan, walaupun ianya jelas melanggar Artikel 116 Konvensyen Geneva Keempat yang menyatakan:

“Setiap orang tahanan hendaklah dibenarkan untuk menerima pelawat, terutamanya saudara-mara terdekat, pada jangka masa yang tetap dan sekerap mungkin. Setakat yang mungkin, orang tahanan hendaklah dibenarkan untuk melawat rumah mereka bagi kes-kes yang mendesak, khususnya dalam kes-kes kematian atau penyakit yang serius ke atas saudara-mara. ”

Keadaan Pintu Masuk Rafah bagaimanapun bertambah baik. Kira-kira 15,760 dibenarkan memasuki Mesir dan seramai 774 kembali semula ke Gaza. Lelaki Palestin berusia antara 18 dan 40 tahun masih dilarang daripada keluar mahupun masuk melalui jalan ini yang dibuka lima hari seminggu dan ditutup pada hujung minggu dan cuti rasmi.

Pintu masuk Beit Hanoun (Erez) hanya mengendalikan trafik pejalan kaki. Zionis menutup lalu ini, kecuali untuk beberapa kes tertentu sahaja termasuklah pesakit dengan penyakit yang serius, orang Arab dengan ID negara haram Zionis Yahudi itu, wartawan antarabangsa, pekerja organisasi kemanusiaan antarabangsa, ahli perniagaan, dan orang yang melalui lintasan al-Karama. Bagaimanapun, mereka terpaksa menanggung kelewatan yang sangat membebankan.

Pengepungan ke atas Gaza adalah menyalahi undang-undang. Sekatan yang panjang ini merupakan hukuman secara kolektif yang sangat kejam dan luar biasa.

Adalah penting bagi kita untuk memberi tekanan ke atas pihak terbabit supaya menamatkan sepenuhnya sekatan ini, termasuklah hak untuk memasuki Gaza melalui jalan laut. Zionis tetap menghalang kemasukan melalui laut walaupun tindakan itu sebenarnya tidak membawa sebarang erti.

Akibatnya, 1.7 juta penduduk Gaza menanggung penderitaan. Mereka hidup dalam penuh kesengsaraan berikutan sekatan-sekatan kepada keperluan asas untuk kehidupan seharian mereka. Semuanya bergantung kepada budi bicara Zionis samada untuk mengurangkan atau menghalang sama sekali kemasukan keperluan mereka, atas apa sahaja sebab yang dikira logik bagi rejim pengganas itu. Perkara ini mesti berakhir.

Perkara 55 Konvensyen Geneva Keempat menyatakan:

“Dengan apa jua cara yang membolehkannya, adalah menjadi kewajipan Kuasa Penjajah untuk memastikan bekalan makanan dan perubatan yang mengcukupi untuk penduduk, khususnya ia harus membawa masuk keperluan bahan makanan, bekalan perubatan, dan barang-barang lain jika sumber daripada wilayah yang diduduki adalah tidak mencukupi. Kuasa Penjajah tidak boleh mengambil bahan, artikel, atau bekalan perubatan yang tersedia di dalam wilayah yang diduduki, kecuali setelah semua keperluan penduduk awam diambil kira.”

Di bawah Perkara 1 Konvensyen Keempat Geneva, “High Contracting Powers” bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peruntukan-peruntukan konvensyen supaya memastikan masyarakat yang dijajah mendapat rawatan yang sewajarnya.

Untuk hampir 45 tahun, Zionis tidak pernah melayan rakyat Palestin sepertimana yang dituntu di dalam Konvensyen Geneva itu. Hasilnya, mereka terus membiarkan penduduk Gaza hidup menderita di dalam kepungan dan sekatan yang berterusan.

Di beratus-ratus pusat sekatan pemeriksaan, Zionis terus mengganggu dan menindas rakyat Palestin repressively. Pada 25 Januari penulis agensi berita Haaretz, Amira Hass, menulis artikel bertajuk “Kaedah Penggeledahan Baru Israel di Tebing Barat Membimbangkan Rakyat Palestin,” yang antara lain menyebut:

Menurut pekerja bantuan antarabangsa, “Polis Israel telah mula melaksanakan satu kaedah baru menggeledah kenderaan Palestin melalui penggunaan bahan kimia yang meloyakan (tidak diketahui, mungkin toksik) di pusat pemeriksaan Bethlehem.” Kereta dipaksi ke tepi, dan penumpang diminta untuk menutup ketat semua tingkap, kecuali di bahagian pemandu dan kemudian diarah keluar dari kenderaan. kemudian dua tiub disambungkan kepada kenderaan – satu disambungkan kepada pam udara, dan satu lagi melalui penapis kecil. Seorang pegawai polis lengkap dengan jam akan mengibas suis pam udara.”

Pekerja bantuan tersebut menceritakan pengalaman beliau seperti berikut:
“Tiub itu dibiarkan bersambung selama kira-kira 10 minit. Selepas itu, penapis dikeluarkan dan dibawa ke sebuah bangunan berhampiran. Orang asing tersebut dan penumpang-penumpang lain mula merasa loya dan mengalami sakit kepala beberapa hari selepas itu.”

Dalam serangan-serangan ke atas Gaza, Zionis telah menguji senjata keganasan baru secara nyata. Nampaknya rakyat Palestin kini menjadi subjek ujian untuk melihat kesan baik atau buruk senjata-senjata ini, tidak kiralah apa sekalipun bahan atau senjata tersebut. Seorang pegawai Israel menjelaskan prosedur “ujian” itu dengan penuh keangkuhan, berkata:

“Ianya mesti dijalankan dengan sewenang-wenangnya, ujian asas melalui penggunaan teknologi canggih, pada masa yang sama mengurangkan kesan ke atas mereka yang diuji.” Tiada penjelasan lanjut diberikan.

Bermula pada bulan Disember, kekejaman ini berterusan kecuali terhadap rakyat Palestin yang menggunakan plat lesen Israel dan penduduk asing. Apa yang digunakan dan juga kesan jangka pendek atau jangka panjang terhadap tindakan ini tidak diketahui. Senjata haram, uranium, dan toksin lain digunakan secara bebas.

Zionis langsung tidak mempedulikan tentang kesihatan dan kesejahteraan Palestin. Gaza bertahan hidup dengan kekurangan bekalan bahan api dan perubatan yang kritikal. Kira-kira 90% daripada air Gaza tidak selamat untuk digunakan, dan kumbahan mentah yang dibuang ke Laut Mediterranean menimbulkan bahaya kesihatan yang serius.

Sekatan zalim ini mesti dihentikan dan Zionis seharusnya memikul semua tanggungjawab terhadap tindakan kejam ini. Atau tunggu sahaja ketikanya apabila mereka akan sekali lagi menjadi bangsa yang merempat dan terhina akibat kejahatan sendiri, sebagaimana yang dibuktikan dalam sejarah terdahulu.

———

Diterjemah dan disusun semula oleh Unit Media, Biro HALUAN Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts