Zionis Sekat Pelajar Masuk Sekolah Di Al-Aqsa

aqsaschoolAL-QUDS, 24 Ogos 2015 (InfoPalestina) — Bersempena hari pertama sesi persekolahan baharu bagi pelajar sekolah-sekolah di bawah naungan Masjid al-Aqsa, pasukan polis Zionis menghalang ratusan pelajar memasuki kelas mereka dari jam 7:00 hingga 8:00 pagi.

Polis Zionis menutup semua pintu-pintu masuk masjid, kecuali pintu Nahder, Huttah dan Silsilah. Mereka memeriksa kad pengenalan dan sijil kelahiran para pelajar.

Sebahagian guru wanita juga dilarang masuk. Bahkan pegawai Jabatan Wakaf turut diperiksa, sedangkan merekalah yang seharusnya mengawal prosedur dan sistem persekolahan di Al-Aqsa.

Polis juga mehalang kemasukan buku-buku ke kawasan Masjid Al-Aqsa, di mana buku-buku tersebut bakal diagihkan kepada pelajar sekolah Islam di dalam perkarangan masjid. Jabatan Wakaf akhirnya terpaksa mengagihkan buku-buku tersebut di pintu masuk masjid.

Terdapat tiga buah sekolah di Masjid Al-Aqsa iaitu Sekolah Menengah Agama Islam Untuk Lelaki, Sekolah Menengah Agama Islam Untuk Perempuan dan Sekolah Islam Al-Aqsa. Seramai 520 orang pelajar lelaki dan perempuan menuntut ilmu di sekolah-sekolah tersebut.

Sementara itu, polis Zionis menangkap tiga remaja Palestin iaitu Mahdi Abu Asab, Ahmad al-Salaymeh dan Adham Zaatari, pada tengahari yang sama dan membawa mereka ke sebuah balai polis. Wanita Palestin dari semua peringkat umur turut dilarang memasuki masjid dari jam 11:00am bagi memberi laluan kepada kumpulan pendatang Yahudi menceroboh masuk dan meninjau kawasan masjid ketiga tersuci bagi umat Islam itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts