Zionis selesai bina Tembok Pemisah di a-Khalil

AL-KHALIL, 3 Ogos 2017 — Rejim Zionis telah menyiapkan sambungan pembinaan Tembok Pemisah sepanjang 26 batu di kawasan Tanah Tinggi Selatan di dalam wilayah al-Khalil.

Tembok konkrit setinggi 20 kaki itu dibina lengkap dengan kawat berduri dan kamera keselamatan, dari persimpangan Tarquimiya sehingga penempatan haram Meitar.

Tembok tersebut memisahkan penduduk di perkampungan Yatta, sebagai hukuman kolektif kerana pemuda dari perkampungan tersebut terlibat dalam insiden menembak Yahudi pada tahun 2016. Kini tentera Zionis menjadikan seluruh kawasan tersebut sebagai zon larangan tentera, di mana penduduk tidak dapat memasuki tanah kebun serta terpisah dari perkampungan-perkampungan lain.

Apabila siap sepenuhnya, Tembok Pemisah Zionis akan menjangkau sepanjang 440 batu di mana 88% daripadanya dibina di dalam wilayah Palestin. Ia mula dibina pada tahun 2002 selepas tercetusnya kempen Intifadah Kedua.

Pada tahun 2004, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Tembok Pemisah yang dibina oleh rejim adalah haram. Ia merupakan satu helah untuk merampas tanah Palestin serta memberi berbagai bentuk tekanan kepada penduduk Palestin supaya meninggalkan tanah mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts