GAZA, 30 Mei 2016 (PIC) — Rejim penjajah Zionis memutuskan untuk menyempitkan lagi zon tangkapan ikan yang dibenarkan kepada nelayan Gaza kepada hanya enam batu nautikal.
Pesatuan Nelayan Gaza melaporkan bahawa pihak Zionis telah membatalkan zon tangkapan ikan sejauh sembilan batu nautikal dari pantai Gaza yang dibenarkan sejak April lalu, berikutan tamatnya musim menangkap ikan sardin.
Bagaimanapun, nelayan Gaza sering menjadi mangsa serangan dalam zon sembilan batu nautikal sejak April lalu.