Zionis serah jenazah Abd al-Fattah setelah ditahan selama dua bulan

AL-KHALIL, 29 Mei 2016 (Maan) — Pihak berkuasa rejim Zionis lewat hari Jumaat lalu menyerahkan jenazah Abd al-Fattah al-Sharif yang dibunuh secara sengaja oleh seorang askar Zioinis Mac lalu.

Jenazah beliau kemudiaannya di bawah ke Hospital al-Ahli al-Khalil dan dikebumikan pada hari Sabtu. Keluarga al-Sharif dilaporkan menolak semua syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak rejim bagi penyerahan jenazah tersebut.

Abd al-Fatah bersama Ramzi Aziz al-Qasrawi ditembak di sebuah sekatan tentara di kawasan Tel Rumeida di wilayah al-Khalil pada 25 Mac lalu apabila dituduh menyerang dan mencederakan seorang askar Zionis di situ.

Ramzi terkorban di tempat kejadian, manakala Abd al-Fattah tercedera parah dan dibiarkan terlantar kesakitan tanpa sebarang bantuan atau rawatan, sebelum seorang askar secara sengaja menembak beliau di bahagian kepala, sekaligus membunuh beliau.

Atas tekanan pihak antarabangsa askar pembunuh tersebut, Elor Azarya, kemudiannnya didakwa atas tuduhan membunuh secara tidak sengaja. Bagaimanapun dakwaan tersebut dilihat sekadar untuk mengaburi mata masyarakat antarabangsa, sedangkan Azarya bebas bergerak dalam ‘tahanan’ di sebuah kem tentera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts