Zionis serah jenazah Mohammad Nimer setelah 181 hari ditahan

AL-QUDS, 9 Mei 2016 (Silwanic) — Pihak perisik Zionis malam tadi menyerahkan jenazah Mohammad Abed Nimer, 37, setelah menahan jazad beliau selama 181.

Jenazah diserahkan di tanah perkuburan Al-Mujahidin kepada keluarganya, yang turut diiringi oleh 30 penduduk Palestin. Pihak Zionis bagaimanapun meletakkan syarat supaya keluarga Allahyarham membayar cagaran sebanyak 20,000 shekel dan tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke tempat serahan.

Mohammaed yang berasal dari perkampungan Esawyeh meningga dunia pada 10 November 2015 apabila ditembak oleh pengawal pendatang haram yahudi di kawasan al-Musrara di al-Quds. Beliau dituduh cuba menikam Yahudi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts