Zionis serah jenazah Mustafa al-Khatib 3 bulan selepas dibunuh

AL-QUDS, 11 Jan 2016 (Maan) — Rejim penjajah Zionis hari ini menyerahkan jenazah Mustafa Adel al-Khatib, 17 tahun, selepas hampir tiga bulan ditembak mati di al-Quds Timur atas tuduhan cuba menikam polis sempadan Zionis.

Jenazah Mustafa Adel diserahkan kepada keluarganya berdekatan penjara tentera Ofer di barat Ramallah. Pihak Zionis hanya bersetuju untuk menyerahkan jenazah mangsa, yang berasal dari kejiranan Jabal al-Mukabbir di al-Quds Timur, dengan syarat beliau dikebumikan di Ramallah, Tebing Barat.

Mustafa Adel ditembak pada 12 Oktober lalu berdekatan Pintu al-Asbat di Kota Lama al-Quds apabila beliau dikatakan cuba menikam seorang pegawai polis sempadan Zionis. Namun para saksi mendakwa bahawa tidak berlaku sebarang cubaan jenayah oleh mangsa, sebaliknya beliau hanya berjalan melalui kawasan tersebut ketika kejadian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts