Zionis serah jenazah pemuda Palestin setelah ditahan selama lebih 70 hari

QALQILIYA, 22 Mei 2016 (Maan) — Bashar Masalha, 22, selamat dikebumikan malam Jumaat lalu di perkampungan al-Hajja di daerah Qalqiliya, Tebing Barat, setelah pihak penjajah menyerahkan jenazah beliau kepada keluarganya selepas ditahan selama lebih 70 hari.

Jenazah pemuda yang ditembak oleh tentera Zionis pada buan Mac lalu itu diserahkan dengan syarat almarhum dikebumikan pada waktu malam. Jenazah dibawa untuk pemeriksaan forensik di Hospital Darwish Nazzal sebelum dikebumikan.

Dalam serangan menikam di bandar pelabuhan Jaffa pada bulan Mac lalu, seorang Yahudi dari Amerika mati dan sekurang-kurangnya sembilan yang lain tercedera. Perkampungan al-Hajja dikepung sepenuhnya, sambil pihak Zionis memusnahkan rumah keluarga Masalha.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts