Zionis serah jenazah Tharwat al-Shaarawi kepada keluarganya

AL-KHALIL, 22 Dis 2015 (Maan) — Pihak rejim Zionis hari ini menyerahkan jenazah Tharwat al-Shaarawi, 72 tahun, yang meninggal dunia ditembak oleh tentera Zionis awal bulan lalu. Beliau ditembak ketika memandu keluar dari sebuah stesen minyak di Halhul, atas alasan cuba melanggar tentera.

Jenazah beliau diserahkan kepada keluarganya melalui sekatan Tarqumiya, 45 hari selepas dibunuh. Menurut anaknya, Ayyub Shaarawi, upacara pengkebumian akan dilaksanakan selepas selesai solat Isyak.

Zionis masih menahan puluhan jenazah penduduk Palestin yang mereka bunuh kebelakangan ini, termasuk 21 orang yang berasal dari kawasan Al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts