Zionis Serang Hospital al-Aqsa, 4 Terkorban

aqsaGAZA, 21 Jul 2014 (Alresalah | MEMO) — Tentera Zionis membunuh empat orang awam, termasuk pesakit yang sedang mendapatkan rawatan, dan mencederakan lebih 40 orang yang lain dalam serangan darat yang menyasarkan Hospital Syuhada al-Aqsa di Deir Balah.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Ashraf Al-Qidra, mereka yang terkorban adalah seorang pesakit yang sedang mendapatkan rawatan dan tiga lagi orang awam yang sedang menemani keluarga mereka yang mendapatkan rawatan di situ.

Serangan Zionis juga menyasarkan sebuah ambulan yang sedang memindahkan beberapa pesakit dari Hospital Syuhada al-Aqsa ke Hospital al-Shifa. Kebanyakan daripada mereka yang tercedera dalam serangan tepat ke bangunan hospital ini adalah paramedik dan mereka yang tercedera.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts