GAZA, 28 Julai 2015 (IMEMC) — Tentera laut Zionis menembak beberapa buah not nelayan di perairan Sudaniyya di utara Gaza.
Para nelayan ditembak secara rambang dengan peluru hidup, menyebabkan kerosakan ke atas bot mereka sehingga mereka terpaksa pulang ke pantai untuk mengelakkan serangan berterusan. Tidak ada kecederaan dilaporkan.
Tentera Laut Zionis sering menyerang nelayan yang berada di peraian Gaza. Bahkan mereka mereka turut menyerang bot yang berlabuh di pantai.
21 Julai lalu, dua nelayan Gaza tercedera dan dua yang lain diculik apabila tentera laut Zionis menembak bot mereka di perairan Beit Lahia di utara Gaza.