Zionis Serang Sumber Air dan Makanan

municipalGAZA, 11 Julai 2014 (Maan) — Bangunan yang menempatkan Majlis Perbandaran Gaza City musnah sama sekali apabila serangan tentera udara Zionis mengenai sasaran bangunan bersebelahannya.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Abd al-Rahim Abu al-Qumboz, menyebut bahawa tentera Zionis menyasarkan bangunan bersebelahan menyebabkan bangunan Majlis Perbandaran turut runtuh.

Bangunan pusat penyembelihan utama yang membekalkan daging ke seluruh bandar tersebut juga musnah dalam serangan.

Abd al-Rahim menjelaskan kemudahan awam di kawasan perbandaran lain di Gaza juga turut musnah atau rosak, termasuklah pusat rawatan air.

Serangan Zionis juga telah memusnahkan paip bekalan air bersih kepada penduduk kem pelarian al-Shatee.

Abd al-Rahim mendesak institusi antarabangsa supaya bertindak menghentikan serangan tenera Zionis ke atas Gaza. Menurut beliau, serangan yang berterusan akan menyebabkan berlakunya bencana kesihatan yang besar.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts