Zionis siap bina 3 menara sekatan di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 5 Mac 2018 — Tentera Zionis telah siap membina tiga buah menara sekatan di laluan masuk ke Bab al-Amoud, iaitu pintu masuk utama ke dalam Masjid al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis.

Rejim penjajah mula membina menara sekatan pada bulan Jun lalu, untuk mengetatkan lagi sekatan kehadiran penduduk Palestin ke dalam tapak suci itu, sekaligus mengusir keberadaan mereka dari kota tersebut.

Tindakan rejim Zionis ini merupakan satu projek Yahudisasi kota suci Baitulmaqdis, dengan cubaan menutup pusat keagamaan Islam dan Kritian serta perdagangan yang paling penting di mana Bab al-Amoud, juga dikenali sebagai Damascus Gate, merupakan laluan masuk utama ke Masjid al-Aqsa dan Gereja al-Qiyamah, serta kawasan pasar bersejarah di Kota Lama.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts