Zionis siasat sendiri jenayah perang mereka ke atas Gaza, dan didapati tidak bersalah!

LONDON, 25 ogos 2016 (MEMO) — Rejim Zionis menutup siasatan ke atas 13 kes jenayah tenteranya terhadap penduduk awam Gaza dalam serangan pada tahun 2014, tanpa mengenakan sebarang hukuman.

18 lagi kes juga ditutup tanpa membuka sebarang fail siasatan jenayah sama sekali.

Sebanyak 500 tuduhan dibuat ke atas tentera Zionis berkaitan 360 jenayah yang dilakukan dalam serangan tersebut, di mana hanya 24 kes disiasat dan setakat ini tiga orang askar didakwa atas tuduhan mencuri.

Salah satu kes yang ditutup tanpa sebarang siasatan adalah jenayah pembunuhan 15 ahli keluarga Zurub dalam serangan udara di Rafah pada 1 Ogos 2014.

Begitu juga dengan serangan ke atas sebuah sekolah PBB di Rafah, di mana 10 penduduk Gaza telah telah musnah rumah mereka terpaksa pindah menumpang di sekolah tersebut terbunuh dalam serangan tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts