Zionis tahan kanak-kanak Palestin untuk mengutip denda

RAMALLAH, 14 Julai 2016 (PIC) — Persatuan Tahanan Palestin mendedahkan bahawa pihak berkuasa penjajah Zionis mengenakan denda bernilai 24,000 shekel (RM24,695) ke atas kanak-kanak Palestin yang ditahan sepanjang bulan Jun lalu.

Seramai sembilan orang kanak-kanak Palestin dijatuhkan hukuman penjara, dengan tempoh hukuman dari tiga hingga tujuh bulan, sepanjang tempoh tersebut.

161 kanak-kanak Palestin merengkok dalam penjara Ofer. 192 orang lagi ditahan di penjara Megiddo dan pusat-pusat tahanan lain, termasuk mereka yang dikenakan tahanan dalam rumah dan ditahan dalam pusat tahanan jenayah.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts