Zionis tangkap dua murabitat al-Aqsa

AL-QUDS, 7 Apr 2016 (PIC) — Tentera Zionis pagi tadi menangkap dua orang murabitat Masjid al-Aqsa, Aydah al-Sidawi dan Dalal al-Hashlamon, setelah memecah masuk rumah mereka di al-Quds terjajah.

Tentera mencetus suasana kelam kabut dalam rumah mangsa, serta merampas telefon bimbit dan barangan peribadi yang lain.

Kedua-dua mangsa yang berumur 27 tahun itu tersenarai di kalangan mereka yang diharamkan memasuki kawasan masjid suci itu.
Tindakan agresif terhadap penduduk al-Quds semakin meningkat menjelang tibanya perayaan Yahudi Passover, sebagai langkah memberi laluan kepada pelampau Yahudi membuat pencerobohan masuk ke dalam masjid dalam kumpulan yang lebih besar.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts