Zionis tangkap ibu-ibu yang menziarahi anak mereka di penjara

AL-KHALIL, 19 Mei 2016 (Maan) — Tentera Zionis menangkap Wiam Lutfi Manasra, 50, di sekatan al-Thahriya ketika sedang dalam perjalanan menziarahi anaknya di Penjara Raymond.

Tentera Zionis mendakwa mereka menemui alat pemotong dan pengikir kuku di dalam beg tangan beliau.

Selepas menahan ibu yang berasal dari bandar Bani Naim itu, pengawal penjara menyerang masuk Seksyen 2 penjara tersebut, di mana anaknya Osama al-Salal sedang menjalani hukuman penjara selama 17 tahun.

Isnin lalu, tentera Zionis menangkap seorang lagi ibu yang sedang dalam perjalanan menziarahi anaknya di penjara Negev.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts