Zionis tangkap ilmuan astronomi Palestin

RAMALLAH, 25 Apr 2016 (PIP) — Tentera Zionis semalam menculik bekas tahanan politik yang juga ahli astronomi Profesor Emad al-Barghouti, 53, selepas menyekat beliau di sebuah sekatan tentera di jalan utama ke perkampungan Nabi Saleh di barat laut Ramallah.

Al-Barghouti yang berasal dari perkampungan Beit Rima di Ramallah merupakan seorang pensyarah Fizik di Univeristi al-Quds.

Beliau pernah ditangkap pada 6 Disember 2014 di pintu lintasan Karamah ketika dalam perjalanan menghadiri satu persidangan di Emiriah Arab Bersatu, kemudian dibebaskan pada 23 Januari 2015.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts