Zionis tangkap jurulatih bolasepak kerana foto kain rentang Misbah Abu Sbeih

AL-QUDS, 16 Okt 2016 (PIC) — Polis Zionis petang tadi menangkap jurulatih kelab bolasepak liga perdana Tebing Barat, Hilal al-Quds, kerana bergambar dengan pasukannya yang memegang kain rentang memaparkan pujian ke atas Misbah Abu Sbeih.

Maher Abu Sneineh, 55, yang merupakan seorang penduduk Kota Lama al-Quds, bergambar dengan pasukannya yang memegang kain rentang memaparkan gambar Misbah dan tertulis, “Kelab bolasepak Hilal al-Quds sedih dengan kehilangan Singa al-Aqsa, syahid dan hero Misbah Abu Sbeih.”

Rejim Zionis selama ini gagal dalam usaha mereka mendesak supaya FIFA menggugurkan keahlian pasukan bolasepak dari Palestin.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts