Zionis tangkap ketua Persatuan Tahanan Palestin

AL-QUDS, 6 Jun 2016 (IMEMC) — Tentera Zionis petang tadi menangkap ketua Persatuan Tahanan Palestin (PPS) di al-Quds, Nasser Qous, dan membawa beliau ke sebuah pusat interogasi.

Nasser dituduh menghasut dalam satu kenyataan beliau mempertahan tahanan Palestin yang sedang berhadapan dengan pencabulan hak, dan tindakan para tahanan melancar mogok lapar bagi membantah tahanan pentadbiran tanpa pendakwaan ke atas mereka.

Tentera Zionis turut menangkap dua wanita muda adik-beradik Palestin, Afnan dan Anhar Yousef al-Baz. Mereka hanya dibebaskan selepas diinterogasi selama beberapa jam di balai polis al-Qashla di Kota Lama al-Quds. Mereka hanya dibebaskan setelah dikenakan hukuman larangan memasuki Masjid al-Aqsa selama 15 hari berturut-turut.

Dua beradik yang berasal dari kota Lod itu diculik sejurus keluar dari Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Majlis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts