Zionis tangkap pegawai PBB di pintu lintasan Beit Hanoun

GAZA, 16 Julai 2017 (PIC) — Timbalan Ketua Jabatan Keselamatan PBB (UNDSS) di Gaza, Hamdan Temraz, ditangkap di pintu lintasan Beit Hanoun ketika dalam perjananan untuk menjalankan tugas di al-Quds tengahari tadi.

Hamdan ditahan walaupun beliau telah mendapat kebenaran untuk ke al-Quds, dan sering ke luar Gaza untuk menjalankan tugas beliau di UNDSS.

Seramai lapan pekerja UNDSS ditangkap sejak tahun 2014 dan ratusan lagi pekerjanya dinafikan permit untuk keluar atau masuk Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts